Kita sering dengar keluhan berkenaan harga caruman takaful yang semakin naik. Istilah ‘Repricing’ sering kali menjadi isu, baik bagi pelanggan lama mahupun yang baru. Tapi, apa sebenarnya yang berlaku?

Kenaikan Caruman Takaful: Apa Cerita Sebenarnya?
Mengenali 2 Jenis Pelan Takaful Utama:
1. Pelan Takaful Hibah
– Pelan ini biasanya tidak akan mengalami kenaikan harga. Ringkasnya, pelan ini tidak terlalu terkesan dengan faktor inflasi kewangan negara.
2. Pelan Medical Card
– Pelan ini memang ada kebarangkalian akan naik harga. Ini kerana Medical Card melibatkan sektor hospital. Kos rawatan, ubat-ubatan, dan mesin hospital sering naik antara 10% hingga 20% setiap tahun.
Sebagai contoh, pada tahun 2000, kos pembedahan mungkin sekitar RM7,000 hingga RM9,000. Tapi pada tahun 2020, kos yang sama meningkat kepada RM25,000 hingga RM35,000.
Dalam takaful, caruman dari anda dan pelanggan lain akan dimasukkan ke dalam Tabung Tabarru’. Syarikat Takaful akan meramal nilai tabung ini supaya mencukupi untuk menampung tuntutan dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Tekanan inflasi dan peningkatan tuntutan menyebabkan nilai dalam Tabung Tabarru’ boleh menyusut. Untuk mengelakkan masalah ini daripada menjadi lebih besar, syarikat takaful perlu melakukan ‘Repricing’ secara adil bagi setiap pelanggan.
Berapa Banyak Kenaikan dan Seberapa Kerap?
Tiada jawapan tepat untuk soalan ini, tapi kita boleh membuat anggaran kasar.
– Dari segi kenaikan caruman, ada rekod kenaikan RM5 sebulan per individu, ada juga yang sampai RM20 sebulan. Ini bergantung pada inflasi kos perubatan semasa dan umur pelanggan.
– Dari segi kekerapan pula, ada rekod tiap 3 tahun sekali, ada pula tiap 10 tahun sekali. Ia juga bergantung pada inflasi kos perubatan semasa dan nilai Tabung Tabarru’.
Sebagai penutup, anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan perlu sedar bahawa kenaikan caruman Medical Card mungkin terjadi. Tapi, jangan risau, kenaikan ini biasanya tidaklah seteruk yang disangka.
Mungkin anda merasakan kenaikan ini sebagai beban sekarang, tapi bayangkan nilai perlindungan dan tuntutan yang anda akan terima di masa depan. Bayangkan kenaikan RM10 sekarang boleh memberikan rawatan bernilai RM150,000 dengan mudah, pantas, dan selesa di masa depan.
Ingat juga, dalam takaful, anda turut menyumbang dalam Tabung Tabarru’. Mungkin sumbangan anda sedang membantu pelanggan lain yang sedang menghadapi musibah. Itu juga satu bentuk pahala yang besar.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nak dapatkan nasihat, pilihan dari 9 buah syarikat takaful. SILA KLIK Utama


